Masa dan Peluang
20 February 2010
Bersempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya sekeluarga berkesempatan menziarahi seorang sahabat di Bangi sambil pusing-pusing bandar melihat pembangunan hartanah yang semakin pesat dan menikmati Beriani Gam. Isteri saya yang kurang selera makannya dek kerana teruk alahan nampaknya agak berselera pada hari itu.
Seterusnya, kami memanjangkan ronda-ronda kami ke Putrajaya. Hajat di hati untuk menziarahi Masjid "Besi" Sultan Mizan di Precinct 2. Ringkasnya, bila melihat kepada pegawai-pegawai keselamatan (pak guard) di masjid ini, terdetik di hati akan alangkah untungnya:
- Pegawai keselamatan masjid kerana berpeluang beriktikaf dan beribadat di masjid sambil bekerja
- Pustakawan kerana dapat menimba ilmu dengan khutub khanah yang ada
- Pekerja di universiti kerana berpeluang sambil-sambil untuk melanjutkan pelajaran
- Guard di pintu pagar sekolah kerana banyaknya masa untuk dia membaca dan menambah ilmu sambil-sambil bekerja.
0 comments:
Post a Comment